17 Mac 2014 - Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haron; YAB Ketua Menteri Melaka, semasa merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka, Sidang 1 Penggal Ke-29 Tahun 2014-2015 di Bilik Mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka menegaskan “Golongan belia pada masa kini dilihat lebih terbuka dan agresif dalam menyatakan pandangan, pendapat serta idea mereka, untuk itu pendekatan dan kaedah baru perlu dilakukan bagi memastikan nasib dan masa depan belia dapat dibela. Mereka ini bukan saja aset negara yang tidak ternilai tetapi tingkah laku dan corak pemikiran mereka pada hari ini sudah tentu akan menentukan hala tuju Negara di masa depan.”
No comments:
Post a Comment