Hari Sukan Negara Melaka 2016

Don't Mess With Melaka

Don't Mess With Melaka

Wednesday, March 26, 2014

F1-Enjin Baharu


Bunyi enjin jentera Formula Satu (F1) yang berde­sing menusuk ke pendengaran merupakan salah satu tarikan sukan pemotoran tersebut, namun sejak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) memper­kenalkan peraturan baharu bermula tahun ini, enjin yang digunakan oleh pasukan bertanding turut mengalami perubahan termasuk pada bunyi kereta.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, bagi para peminat F1, untuk me­ngetahui lebih lanjut mengenai perubahan yang dimaksudkan, mereka harus memanfaatkan kesempatan untuk mendengar sendiri bunyi enjin baru yang dikatakan telah mencetus pelbagai persepsi pada perlumbaan pertama di Melbourne, Australia, dua minggu lalu.

"Datang sendiri ke SIC dan dengar sendiri bunyi enjin baharu jentera F1 tersebut.

"Bagi saya ini peluang terbaik buat peminat untuk menyaksikan perubahan tersebut pada Grand Prix F1 Pe­tronas Malaysia yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

"Kalau sebelum ini mereka mendengar pelbagai komen, kali ini lebih elok sekiranya mereka menggunakan kesempatan terbaik ini untuk mendengar sendiri adakah bunyi enjin F1 itu masih sama seperti dulu, atau pun sebaliknya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140325/su_04/Dengar-sendiri-deruan-enjin#ixzz2x3nospQ0
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment