Hari Sukan Negara Melaka 2016

Don't Mess With Melaka

Don't Mess With Melaka

Thursday, March 27, 2014

Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2014@Melaka

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2014 akan berlangsung di Kompleks Sukan Hang Jebat Melaka dari 31 Mei 2014 hingga 1 Jun 2014. Anda semua dijemput hadir.

Wednesday, March 26, 2014

F1-Enjin Baharu


Bunyi enjin jentera Formula Satu (F1) yang berde­sing menusuk ke pendengaran merupakan salah satu tarikan sukan pemotoran tersebut, namun sejak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) memper­kenalkan peraturan baharu bermula tahun ini, enjin yang digunakan oleh pasukan bertanding turut mengalami perubahan termasuk pada bunyi kereta.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, bagi para peminat F1, untuk me­ngetahui lebih lanjut mengenai perubahan yang dimaksudkan, mereka harus memanfaatkan kesempatan untuk mendengar sendiri bunyi enjin baru yang dikatakan telah mencetus pelbagai persepsi pada perlumbaan pertama di Melbourne, Australia, dua minggu lalu.

"Datang sendiri ke SIC dan dengar sendiri bunyi enjin baharu jentera F1 tersebut.

"Bagi saya ini peluang terbaik buat peminat untuk menyaksikan perubahan tersebut pada Grand Prix F1 Pe­tronas Malaysia yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

"Kalau sebelum ini mereka mendengar pelbagai komen, kali ini lebih elok sekiranya mereka menggunakan kesempatan terbaik ini untuk mendengar sendiri adakah bunyi enjin F1 itu masih sama seperti dulu, atau pun sebaliknya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140325/su_04/Dengar-sendiri-deruan-enjin#ixzz2x3nospQ0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, March 25, 2014

Malaysia Di Kedudukan Ke 141 Dunia


Skuad bola sepak Malaysia, Harimau Malaya melonjak sembilan anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-141 dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada 13 Mac 2014 yang lalu

Di peringkat Asia, Malaysia turut naik tujuh anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-22 daripada 46 negara.

Malaysia kini mendahului negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand (148), Singapura(149), Indonesia(154), dan Myanmar (173)

Kedudukan ke 141 ranking FIFA ini didorong oleh dua perlawanan sebelum ini iaitu mencatatkan keputusan seri dengan Filipina pada 1 Mac 2014 dan menewaskan Yemen 2-1 pada 5 Mac 2014 pada saingan aksi kelayakan Piala Asia. 

Monday, March 24, 2014

Hebahan: Kejohanan Futsal 1Malaysia Daerah Alor Gajah


Tarikh : 5 - 6 April 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Gelanggang Futsal Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
Yuran Penyertaan : Lelaki - RM 30.00 / Wanita - RM 20.00

Hadiah Lelaki : Johan RM 1000.00 / N. Johan RM 700.00 / Ketiga RM 300.00 / Keempat RM 300.00
Hadiah Wanita : Johan RM 700.00 / N. Johan RM 500.00 / Ketiga RM 200.00 / Keempat RM 200.00

Syarat Penyertaan :
1) Pertandingan terbuka kepada Lelaki dan Wanita yang menetap di SEKITAR DAERAH ALOR GAJAH (Yang menetap, bekerja, belajar atau bermastautin di dalam Daerah Alor Gajah tidak kurang 3 bulan adalah dibenarkan untuk bermain)
2) Berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun sahaja.
3) Borang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
4) Lain-lain syarat mengikut Undang-undang Futsal Kebangsaan.
5) Keputusan Pengadil dan AJK Pertandingan adalah muktamad.
6) Tempat Pertama hingga Keempat akan mewakili Daerah Alor Gajah ke Kejohanan Peringkat Negeri pada 12 April 2014.

Sebarang Pertanyaan sila hubungi En. Mizan di talian 017-3095520 atau
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Lot 117,Air Hitam Mukim Lendu 78000 Alor Gajah
Tel - 06-3853282 / 06-3853800. (Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah)
Borang boleh dimuat turun di SINI .

Tuesday, March 18, 2014

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka, Sidang 1 Penggal Ke-29 Tahun 2014-2015

17 Mac 2014 - Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haron; YAB Ketua Menteri Melaka, semasa merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka, Sidang 1 Penggal Ke-29 Tahun 2014-2015 di Bilik Mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka menegaskan “Golongan belia pada masa kini dilihat lebih terbuka dan agresif dalam menyatakan pandangan, pendapat serta idea mereka, untuk itu pendekatan dan kaedah baru perlu dilakukan bagi memastikan nasib dan masa depan belia dapat dibela. Mereka ini bukan saja aset negara yang tidak ternilai tetapi tingkah laku dan corak pemikiran mereka pada hari ini sudah tentu akan menentukan hala tuju Negara di masa depan.”